Sabtu, 8 Oktober 2011

Pemimpin masyarakat perlu giat kenal pasti golongan miskin



Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin mahu pemimpin masyarakat meningkatkan peranan dalam mengenal pasti golongan miskin di kawasan mereka.

Beliau berkata, ini kerana golongan miskin khususnya di kawasan bandar, sukar dikenal pasti menyebabkan mereka sering terpinggir daripada bantuan terutama yang disalur menerusi Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB).


"Jadi ada pihak-pihak yang mengatakan program kita ini seolah-olah tak menyeluruh. Kita akan mengambil langkah proaktif untuk mengenal pasti dan membantu mereka,” katanya kepada pemberita pada Program Ziarah Kesejahteraan Bandar, di sini hari ini.

Beliau juga berkata, usaha membasmi kemiskinan bandar tidak pernah terhenti kerana senarai golongan miskin sentiasa berubah-ubah.

Raja Nong Chik berkata, mulai tahun ini juga, projek dan bantuan di bawah PPKB menumpukan kepada aspek perumahan dan penjanaan pendapatan termasuk bantuan sewa rumah. — Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...