Isnin, 21 November 2011

Upin dan Ipin Beri Kejutan buat Monsoon Cup.


PULAU DUYONG -  Dalam masa beberapa hari lagi, Kuala Terengganu akan dipenuhi dengan beribu-ribu pelawat Piala Monsun untuk menyaksikan acara pelayaran tahunan tersebut, sekaligus mengambil bahagian dalam pelbagai acara sampingan yang dianjurkan di seluruh bandar.

Sementara Piala Monsun berlangsung di Ri-Yaz Heritage Marina Resort dan Spa, Kuala Terengganu dari 22 hingga 27 November 2011, acara-acara sampingan pula diadakan di sekitar Pulau Duyong untuk menarik orang ramai dan menambah suasana karnival pada acara penutup musim Siri Jelajah Dunia Match Racing 2011.

Pastinya karnival ini akan menarik minat penduduk tempatan untuk berkunjung beramai-ramai untuk
menyertai pertandingan sambil bersuka-ria. Karnival Upin & Ipin oleh TV9 dijangka mendapat sambutan hebat di kalangan kanak-kanak. Manakala orang dewasa mempunyai banyak pilihan yang menyeronokkan seperti permainan tarik tali atau pertandingan gusti lengan.

Penduduk tempatan yang biasa dengan kawasan perairan, sudah tentu tidak akan menghadapi kesukaran di Pertandingan Kayak Kebangsaan, Pertandingan Perahu Panjang Kebangsaan atau Pertandingan Perahu Tradisional. Acra sukan air turut diadakan seperti Pelayaran Mencari Juara dan Demonstrasi & Pertandingan Mendayung.


Di darat pula, Kejohanan Terbuka Terengganu Muay Thai adalah peluang untuk peminat tinju menyaksikan secara lansung. Idol Final Piala Monsun 2011 pula mencari suara terbaik di Piala Monsun.
Acara-acara menarik yang lain termasuk Sasuke Malaysia, NTV7 @ Monsoon Cup dan Media Explorace. Kempen kesedaran ‘Drive Derma Darah’ turut diadakan untuk meningkatkan kesedaran pengetahuan mengenai kepentingan menderma darah.


Untuk memastikan para penonton tidak terlepas acara-acara yang diadakan, Kerajaan Negeri Terengganu akan menyediakan pengangkutan percuma ke Pulau Duyong untuk tempoh Piala Monsun pada 22-27 November. Terdapat dua bas dan enam bot penambang yang disediakan untuk penonton ulang-alik ke Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa, rumah Piala Monsun.


Bot penambang akan membawa penonton dari Jeti Shahbandar ke jeti di Ri-Yaz. Pelawat yang memandu  sendiri ke tempat akan dapat menggunakan lot tempat letak kereta yang terdapat di luar pintu masuk utama resort, di mana 20 beca akan membawa mereka ke dalam Ri-Yaz.

Sementara itu, penganjur Piala Monsun pun telah menyediakan perkhidmatan shuttle bas percuma yang akan mengambil penumpang dari satu titik yang ditetapkan dan berhenti di lokasi acara Piala Monsun, Ri-Yaz Heritage Marina Resort and Spa.


Lokasi perkhidmatan bas ulang-alik percuma boleh didapati dari Hotel Tanjong Vista, Hotel Primula, Hotel Ming Star dan Sumai Suite Apartment dari pukul 9 pagi dan seterusnya sehingga pukul 3:00 petang. Bas-bas yang sama akan berlepas dari Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa mulai pukul 10 pagi dengan setiap satu jam sehingga 6 petang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...