Rabu, 14 Disember 2011

ANUGERAH DESA CEMERLANG 2011 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU


Medan Jaya 13/12/2011 - Pertandingan Anugerah Desa Cemerlang 2011 Peringkat Negeri, Negeri Terengganu berlangsung di Dewan Serbaguna, Kg. Medan Jaya, Rusila, Marang, Terengganu. Bagi peringkat daerah Marang, Kg. Medan Jaya telah terpilih ataupun menjadi Johan yang telah diadakan pada 20/10/2011 yang lalu.


Para panel hakim terdiri daripada pegawai-pegawai daripada beberapa agensi kerajaan telah dilantik untuk mengadili pertandingan tersebut mengikut beberapa kategori yang telah ditetapkan.

 

Berbagai acara telah diadakan semasa ketibaan para panel hakim, disambut oleh Pengerusi JKKK Kg. Medan Jaya, YM Tengku Sulaiman dan AJK-AJK serta penduduk kawasan tersebut.



Rombongan para panel tiba pada jam 9.30 pagi dengan menaikki Bas Kerajaan Terengganu disambut dengan paluan kompang serta bunga manggar dan pertunjukkan tarian kompang oleh kanak-kanak Kg. Medan Jaya.

Untuk paparan selanjutnya bolehlah layari:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...