Isnin, 12 Disember 2011

Kerajaan tidak lari dari tanggung jawab




Image Detail

Kerajaan tidak pernah melarikan diri dari menunaikan tanggung jawab untuk memberi kebajikan kepada rakyat di samping menjadikan negeri ini sebuah negeri anjung ilmu biarpun dikritik dan dilemparkan pelbagai tuduhan pihak pembangkang.

Semua itu tidak menjejaskan usaha kerajaan melaksanakan pembangunan untuk kesejahteraan rakyat keseluruhannya,” kata Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said di Sidang Dewan Undangan Negeri.

Katanya, suara rakyat tidak pernah diketepikan dan semakin banyak keperluan dan kemudahan disediakan bertujuan memberi keselesaan dan kesejahteraan masyarakat menjalani kehidupan harian.

Menurutnya, setakat ini kerajaan telah membelanjakan RM659 juta membina 6,000 rumah mampu milik untuk rakyat berpendapatan rendah dan sederhana dan sasaran bina 10,000 unit dalam tempoh lima tahun berjaya dilaksanakan.

Sehubungan itu kerajaan membelanjakan RM46,876,000 bantuan Dana Raya (Aidilfitri) membabitkan 164,243 orang, RM5,400 (Deepavali) 109 orang serta RM2,063,200 (Tahun Baru China) 9,023 orang.

Manakala Bakti Dana Remaja membabitkan 95,476 orang berjumlah RM23,512,003 serta bantuan pakaian sekolah (RM100) membabitkan 10,506 pelajar dan jumlah peruntukan RM10,605,600.

“Peruntukan keseluruhan bagi dana berkenaan berjumlah RM83, 768,400 (2010) dan RM86,108,104 (2011) khusus untuk kebajikan rakyat dengan menyalurkan terus kepada golongan sasar. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...