Ahad, 11 Mac 2012

Kelayakan hoki: Malaysia tunduk Rusia 6-2

Image Detail
PASUKAN hoki kebangsaan mempamerkan aksi cemerlang apabila menundukkan Rusia 6-2 dalam pusingan kelayakan Olimpik di Dublin, Ireland hari ini.
Rusia mendahului dengan gol Aleksander Platonov pada minit ke-10 diikuti jaringan Pavel Golubev dua minit kemudian.



Malaysia bagaimanapun bangkit pada minit ke-28 apabila sorotan pukulan sudut penalti Mohd Amin Rahim melepasi gawang gol lawan.
Sentuhan Mohd Amin menerusi pukulan sudut penalti terus membantu pasukan negara menambah mata pada separuh masa kedua apabila beliau menjaringkan gol

kedua negara pada minit ke-37 dan gol kelima pada minit ke-54.

Faisal Saari, Mohd Razie Abdul Rahim dan Hafifihafiz Hanafi turut menyumbangkan jaringan masing-masing pada minit ke-45, minit ke-52 dan minit ke-65.  
Malaysia akan bertemu Ukrain Selasa ini. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...