Jumaat, 16 Mac 2012

Hubungan dengan badan berkaitan Yahudi bukan rekaan


Konrad Adenauer Foundation 

KUALA LUMPUR 15 Mac – Selepas sebuah blog mendedahkan surat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta campur tangan asing dalam sistem demokrasi negara, seorang ahli Parlimen hari ini memberitahu Dewan Rakyat mengenai hubungan pembangkang dengan pihak asing serta campur tangan mereka dalam politik tempatan.


Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bebas-Bayan Baru) berkata, pendedahannya bukan satu rekaan sebaliknya beliau mempunyai bukti kukuh berhubung perkara tersebut khususnya melibatkan gerak kerja pilihan raya Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Image Detail 

Malah, beliau berkata, anasir-anasir asing itu mula bergiat ketika berlakunya beberapa pilihan raya kecil dan sewaktu Pilihan Raya Negeri Sarawak tahun lalu.

“Saya mencabar pemimpin PKR untuk menafikan yang modul serta gerak kerja pilihan raya mereka disusun dan diolah oleh dua badan asing yang ada kaitan dengan puak Yahudi iaitu Konrad Adeneur Foundation (KAF) dan National Democratic Institute for International Affair (NDI).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...