SYABAS TOK HIM - INILAH DIA ANAK BANGSA YANG PATUT DIBANGGAKAN DEMI MENJAGA MARUAH AGAMA, BANGSA DAN NEGARA DARIPADA TERGADAI !!!.
PERKASA TERENGGANU - Buat pertama kalinya semenjak ditubuhkan pada 17 Dis 2010, Pertubuhan Pribumi PERKASA Negeri Terengganu telah mengadakan Mesyuarat Agung nya pada hari ini 10 Sept 2011 di Perkarangan Rumah Pangsa Kg. Kolam, Kuala Terengganu. Presiden PERKASA YB Dato' Haji Ibrahim bin Ali berkesudian merasmikannya yang turut disertai Setiausaha Agung PERKASA YBhg. Tuan Syed Hassan Syed Ali.
Dalam ucapan ringkas, padat serta penuh bermakna, Presiden PERKASA YB Dato' Haji Ibrahim bin Ali telah menyuarakan hasrat keikhlasan beliau bersama rakan-rakan dalam membentuk PERKASA demi kelangsungan perjuangan agama, bangsa dan negara. Diantara petikan ucapan beliau:
Sebagaimana yang telah sedia maklum telah berlaku banyak peristiwa2 menghina agama Islam , akibat perpecahan dikalangan orang-orang Islam. Alhamdullilah di Negeri Terengganu ini adalah ‘base’nya orang2 Melayu, seperti Kelantan dan juga Kedah. Kalau disini umat Melayu/Islam berpecah belah apakah nasib anak cucu kita yang akan datang?
Survival agama dan negara tidak boleh bergantung mengharap kepada parti politik semata-mata. Akibat daripada pencaturan politik, maka banyak maruah bangsa, hak kita, kedudukan agama kita akan dihina dan dijadikan modal dagangan untuk meraih kuasa.
PERKASA tetap menjadi pertubuhan NGO dan bukan parti politik bagi menentukan tiada unsur-unsur sebagaimana yang telah dinyatakan, tetapi berdiri dengan betul tetap menjadi sokongan.
Keikhlasan, sifat amanah, kesungguhan, jihad roh kita mestilah ke arah yang telah dinyatakan dan inilah peranan PERKASA.
Perkara yang betul perlu diberi sokongan walaupun diparti memerintah, jika tidak betul akan diberi teguran.
Mengenai kepentingan ekonomi bumiputera tidak sedikit pun PERKASA menegur kerajaan.
PERKASA tidak senang dengan isu kepentingan ekonomi orang-orang Melayu dan isu-isu semasa.
PERKASA perlu bijak bertindak, umpama menarik rambut dalam tepong bertujuan untuk menyatukan orang-orang Melayu dan jika orang Melayu tidak bersatu nescaya kita semua akan hancur.
Perjuangan PERKASA menuntut dan tidak menjanjikan apa-apa habuan, perjuangan ikhlas akan diterima disisi Allah S.W.T.
Mengharapkan PERKASA Terengganu akan tampil ke hadapan dengan lebih hebat lagi serta mengharapkan peringkat daerah mengadakan mesyuarat AJK nya sebulan sekali, begitu juga dengan sayap2 menambahkan keahlian sekurang-kurangnya 5,000 orang. Manakala diperingkat negeri mengadakan mesyuarat setiap sebulan sekali. Setiap dua bulan sekali diadakan program disetiap daerah. Samada dianjurkan oleh sayap wira, wiranita atau wirawati, dengan ertikata dalam setahun ada 5 atau 6 aktiviti yang terancang daripada PERKASA daerah untuk menghidupkan PERKASA.
Isu MAT SABU juga disentuh – perkara yang beliau tidak boleh terima adalah penghinaan keterlaluan MAT SABU terhadap pejuang kemerdekaan iaitu Allahyarham Dato’ Onn bin Jaafar dan Bapa kemerdekaan Allahyarham Tengku Abdul Rahman. Jika mereka-mereka ini tidak menuntut kemerdekaan, maka semua parti-parti pembangkang ketika ini tidak akan dapat memerintah sepertimana PAS di Kelantan, Kedah dan DAP di Pulau Pinang. Prinsip PAS - agama dijual, Islam digadai termasuk kalimah Allah dihina tidak dibela demi untuk menjaga hati kaum-kaum lain dan hendak menukar sejarah.
Perkara2 inilah yang perlu diberi perhatian dan insyallah pada 14/09/2011 di Kelab Sulaiman, Kg. Baru, Kuala Lumpur akan menganjurkan Forum Merdeka yang bertajuk ‘Kekejaman Komunis dan Kemerdekaan’ dengan mengundang beberapa ahli panel yang terkenal diantaranya adalah adik kepada pejuang kemerdekaan Lt. Jen. Bersara YBhg Dato’ Jaafar Onn, Prof. Datuk Zulkifli Ab. Rahman bekas Ketua Cawangan Khas, Prof. Khoo Key Kim adalah Pakar Sejarah, dan beberapa orang lagi untuk memperjelaskan kembali supaya isu ini tidak keliru dikalangan anak jenerasi muda ketika ini.
Mengharapkan pemilihan para perwakilan yang dipilih hendaklah pergi. Kelemahan orang2 Melayu apabila tiada jawatan diberi jawatan tidak bersungguh, bila kerajaan tidak beri projek dipersalahkan dan apabila diberi projek disalahgunakan, bila tidak dapat permit dipersalahkan dan apabila dapat permit di Ali Baba kan. Sejak daripada dahulu lagi kita orang-orang Melayu memang banyak mengundang masalah sehingga sekarang. Ini timbul kerana kurang JATI DIRI dan berpunca daripada Roh Jihad tidak dihayati dengan sepenuhnya, dimana silap dan terbentuknya tidak dapat dipastikan dan wallahhu....
Melalui dari pergerakan PERKASA beliau bersama rakan-rakan yang lain dengan tidak mengira masa, sanggup berkorban demi kelangsungan perjuangan bangsa, agama dan negara.
Mengharap kepimpinan Terengganu disemua peringkat menghayati dan sanggup menyahut cabaran yang telah dinyatakan itu untuk agama, bangsa dan negara dan jangan sekali-kali disia-siakan dan jangan menganggap kritikan Presiden PERKASA adalah perkara peribadi, kawan adalah kawan, sahabat adalah sahabat, perjuangan adalah tetap perjuangan. Perjuangan adalah tidak akan berkompromi dalam soal mempertahankan nasib agama, bangsa dan negara. Bantu membantu kesungguhan diantara satu sama lain adalah diperlukan demi menyahut cabaran dan tuntutan perjuangan yang telah dinyatakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan