Isnin, 15 Ogos 2011

PILIH ANTARA DUA - ULAR ATAU NURUL IZZAH ?????

Kemana tumpahnya kuah...kalau tak ke nasi.....


Dalam bulan Ramadhan yang mulia macam ini pun masih ada rupanya manusia-manusia yang nak buat kerja fitnah.. Kalau dah terkantoi tu, mengaku sajalah.. Tak payahlah nak putar belit cerita dan nak salahkan pihak lain. Dan tak payah juga lah nak tuduh orang lain sebagai JAHIL atau apa..
Bak kata pepatah melayu lama.., “terlajak perahu boleh diundur, tapi terlajak kata buruk akibatnya..” Itulah yang terjadi pada Nurul Izzah, anak kepada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Sebelum ini, Nurul Izzah bukan main lagi mencanangkan bahawa hanya Polis dan pihak berkuasa Malaysia sahaja yang jahat dan zalim terhadap rakyat. Semuanya gara-gara perhimpunan haram Bersih. Kononnya Pihak Polis menghalang kebebasan rakyat yang nak berhimpun.
Dan Nurul Izzah serta beberapa pemimpin Pakatan yang lain sibuk memfitnah pihak berkuasa sebagai tak bertamadun dan dipergunakan untuk menentang rakyat. Sedangkan pada hakikatnya Pihak Polis dan FRU hanya bertindak mengawal keselamatan negara dan menegakkan undang-undang saja.
Tetapi Tuhan itu sentiasa menunjukkan kebenaran. Tunjuk perasaan di Britain ternyata membuatkan seluruh pemimpin Pakatan terkunci mulut. Apa taknya, penunjuk perasaan telah bertindak ganas merosakkan harta benda awam dan juga mencederakan rakyat yang tak terlibat dengan mereka.
Polis di sana juga tak mampu berbuat apa-apa kerana mengambil pendekatan “berlembut” seperti yang Nurul Izzah dan kepimpinan Pakatan inginkan. Ternyata tindakan tegas Polis dan FRU di Malaysia pada 9 Julai lalu telah berjaya mengelakkan negara huru-hara seperti di Britain.
Jadi tak salahlah kalau Timbalan Ketua Polis Negara kata tunjuk perasaan di Britain itu adalah sama dengan tunjuk perasaan Bersih 2.0. Cuma cara menangani dan mengawalnya saja yang berbeza. Tapi tak disangka pula ada yang terasa dengan kenyataan Datuk Khalid..
Dan bagi mengelakkan malu besar, Nurul serta merta memutarbelitkan kenyataan. Nurul Izzah pun dengan bangganya menuduh Timbalan Ketua Polis Negara sebagai JAHIL!! Anak kepada Anwar ini mungkin tak sedar siapa yang dia dia tuduh sebagai JAHIL tersebut.
Kalau tak kerana kecekapan pihak Polis mengawal dan mengekang tunjuk perasaan yang didalangi oleh bapa Nurul Izzah sendiri, mesti negara yang kita diami ini tak akan aman seperti sekarang. Dan jika 9 Julai lalu Polis membiarkan semua pengikut-pengikut pembangkang sesuka hati berarak di ibu negara, siapa tahu apa yang bakal terjadi..?
Jadi.., sepatutnya Nurul Izzah berterima kasih kepada semua anggota pihak berkuasa yang menjaga keamanan pada 9 Julai lalu. Bukannya menunjukkan kebodohan dan kurang ajar seperti yang diucapkannya kepada Timbalan Ketua Polis Negara.
Nurul Izzah patut berasa malu kerana menunjukkan tauladan yang tak baik kepada seluruh generasi muda didalam negara dengan kenyataan biadapnya. Inilah yang kita katakan, “bapa borek, anak rintik..”


Posted by Che_Wan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...