MARANG 15 Ogos 2011 - Pegawai Penyelaras Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku bersama Timbalannya En. Anuar bin Yahya mula mengagihkan bantuan dana Hari Raya 2011 untuk memberi peluang rakyat membuat persiapan menjelang Hari Raya Aidil Fitri tahun ini yang akan tiba tidak berapa hari lagi. Pengagihan dibuat dibeberapa tempat bermula hari ini sehingga 18/08/2011, melibatkan 29 buah kampong dikawasan peti undi Rhu Rendang.
Penerima seramai 5,485 orang adalah terdiri daripada setiap keluarga berpendapatan RM1,500.00 kebawah, warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan ibu tunggal merupakan golongan yang layak menerima bantuan dana hari raya ini dengan melibatkan wang tunai sejumlah RM1.6 juta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan