Khamis, 9 Jun 2011

Maidam Perkenal Kaunter Bergerak Kutip Zakat Tahun Depan

View Image

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) akan menyediakan perkhidmatan kaunter bergerak bermula tahun depan bagi memudahkan pembayaran zakat di negeri ini.

Yang Dipertuanya Datuk Mazlan Hashim berkata untuk itu, pihaknya kini mengubah suai sebuah van dengan kos RM180,000 yang akan bergerak dari satu daerah ke satu daerah mengikut jadual yang ditetapkan.“Van ini masih dalam peringkat pengubahsuaian,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan zakat perniagaan Bank Simpanan Nasional Terengganu berjumlah RM45,667 kepada Maidam, di Kuala Terengganu, Isnin.

Mazlan berkata kutipan zakat perniagaan bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini meningkat hampir RM2.8 juta berbanding tahun sebelumnya.Dianggarkan Maidam akan menerima zakat perniagaan berjumlah RM24 juta tahun ini berbanding RM21.3 juta tahun lepas, katanya.Secara keseluruhan, jumlah kutipan zakat Maidam tahun lepas ialah RM76 juta dan jumlah itu dijangka meningkat kepada RM80 juta tahun ini, kata Mazlan.Katanya sehingga kini, sebanyak 300,000 pembayar zakat meliputi individu dan organisasi sudah melunaskan zakat perniagaan masing-masing, dan kebanyakan mereka melaksanakannya menerusi internet.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...