Sabtu, 16 April 2011

Program Masyarakat Penduduk Taman Medan Jaya


Pengerusi Jawatankuasa Penduduk kawasan Taman Perumahan Medan Jaya, Marang, Terengganu - YM Tengku Sulaiman bin Tengku Abd. Halim berserta dengan AJK Penduduk akan mengadakan Larian Merentas Desa, Sukaneka, Senamrobik dan Ceramah Kesihatan dikawasan tersebut pada 14 - 16 APR 2011.



Acara bermula pada 14 APR 2011 seawal jam 9.00 pagi Sukaneka di Dewan Serbaguna Taman Medan Jaya bagi kanak-kanak TADIKA, Remaja dan Wanita.  Pada 15 APR 2011 mulai jam 8.00 pagi acara sukaneka disambung melibatkan semua kategori umur sehingga jam 10.00 pagi.  Manakala acara sukaneka disambung semula jam 4.00 petang sehinggalah selesai.


Pada 16 APR 2011 bermula jam 7.45 pagi Larian Merentas Desa dijalankan bagi semua kategori dan disusuli dengan senamrobik dan Ceramah Kesihatan.  Manakala penyampaian hadiah akan diadakan disebelah malam kira-kira jam 9.00 di Dewan Serbaguna Taman Medan Jaya, Rusila, Marang, Terengganu.  Majlis Penutupan serta Penyampaian Hadiah akan dirasmikan oleh Pegawai Penyelaras DUN Rhu Rendang, YBhg. Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.


Bagi mengerakkan perlaksanaannya berjalan lancar, mesyuarat khas telahpun diadakan beberapa kali oleh Pengerusi Jawatankuasa Induk YM Tengku Sulaiman bin Tengku Abd. Halim serta AJK yang lain.  Mesyuarat terakhir telah diadakan pada 13 APR 2011 mulai jam 9.00 malam hingga 11.30 malam di Restoran Lempeng, Rusila, Marang, Terengganu.  


Mesyuarat khas yang diadakan itu telah dipengerusikan oleh En. Hamzah bin Omar, selaku Pengerusi Larian Merentas Desa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...