Kerajaan negeri meluluskan peruntukan serta-merta RM3 juta untuk daerah Marang tahun ini bagi tujuan pembinaan jalan baru dan pembesaran jalan kampung di seluruh daerah itu.
“Kita bersetuju untuk meluluskan peruntukan RM750,000 bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Marang tahun ini untuk membina jalan-jalan kampung dan membesarkan jalan sedia ada,” katanya kepada media selepas lawatan ke daerah tersebut petang semalam.
Beliau berkata, tahun lalu kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM500,000 bagi setiap DUN bagi tujuan yang sama, tetapi pada tahun ini peruntukan itu dinaikkan bagi membolehkan lebih banyak jalan baru atau jalan yang sempit diperbesarkan.
Sementara itu, pada majlis perjumpaan dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Dewan Majlis Daerah Marang, Menteri Besar meminta mereka turut ‘turun padang’ bagi membantu menyelesaikan masalah penduduk tempatan.
Beliau berkata, kerajaan negeri menyediakan pelbagai kemudahan seperti bantuan Tabung Penyakit Kronik dan bantuan atap rumah bagi penduduk miskin.
“Tidak ada maknanya jika kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan untuk rakyat, tetapi ia tidak dapat disalurkan kepada mereka yang memerlukan kerana tidak ada maklumat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan