KUALA LUMPUR - Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa) rela menarik balik pengambilan amah dari Indonesia jika pemerintah republik itu bertegas mengenakan syarat baharu yang membebankan majikan-majikan di Malaysia.
KUALA LUMPUR 15 Mac – Selepas sebuah blog mendedahkan surat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta campur tangan asing dalam sistem demokrasi negara, seorang ahli Parlimen hari ini memberitahu Dewan Rakyat mengenai hubungan pembangkang dengan pihak asing serta campur tangan mereka dalam politik tempatan.
ALOR SETAR 14 Mac - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyatakan tiada keperluan untuk mewujudkan jawatan pemangku bagi membantunya mengurus tadbir negeri ini jika beliau ingin bercuti selepas pergolakan dalaman Pas Kedah yang berlarutan sejak sebulan lalu.
Azizan mendakwa, pentadbiran kerajaan Pas Kedah pada masa ini berjalan lancar dan menganggap krisis yang berlaku sudah selesai.
Menteri Pertanian Datuk Seri Noh Omar hari ini meminta kerajaan negeri Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat, yang kononnya telus dalam pengurusan, mendedahkan sumber kewangan yang diperolehi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).
KUALA LUMPUR - Kerajaan mengenakan larangan bagi kemasukan sejenis gula-gula lolipopkerana dipercayai mengandungi bahan kimia berbahaya, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai semalam.
Beliau berkata, pihak kementerian telah pun meningkatkan kawalan di pintu masuk negara untuk menghalang kemasukan lolipop pendafluor itu.