Sabtu, 29 Oktober 2011
Majlis Khatam Al-Quran dan Anugerah Kecemerlangan UPKK Parlimen Marang
Marang 29/10/2011 - Majlis Khatam Al-Quran dan Anugerah Kecemerlangan UPKK Pelajar Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) kawasan Parlimen Marang berlangsung pada hari ini bertempat di Masjid Sultanah Nur Zahirah, Bandar Marang. Majlis telah dirasmi dan disempurnakan oleh YB Tuan Haji Alias bin Abdullah, Ahli Dewan Undangan Negeri Alor Limbat.
PENYOKONG SKUAD PENYU DUN RHU RENDANG
Rhu Rendang 28/10/2011 - Penyokong-penyokong Skuad Penyu DUN Rhu Rendang, Marang mula berkumpul di perkarangan Bangunan UMNO Marang jam 9.00 malam, menunggu kedatangan 3 buah bas terakhir yang telah diatur. Namun begitu 7 buah bas penyokong-penyokong yang telah disediakan telahpun berlepas lebih awal. Bas terakhir telah ditempah daripada Kuala Lumpur bagi memenuhi hasrat penyokong Skuad Penyu DUN Rhu Rendang untuk bertandang ke Stadium Shah Alam, Selangor.
Jumaat, 28 Oktober 2011
Dasar Perjuangan PAS dan UMNO - Tuan Guru Haji Abdullah bin Saamah
Tontoni dan hayatilah sehingga selesai
PERHIMPUNAN AGM KALI KE 2 PERKASA
Majlis telah di rasmikan oelh YBhg. Tan Sri Rahim Nor bekas Ketua Polis Negara.
YB Presiden Perkasa Dato’ Ibrahim Ali telah memberikan ucapan dasar yang berjudul‘Perkasa Pemangking Perpaduan’ ( Ucapan daasar boleh di baca disini) Ucapan yang merangkumi segala aspek isu semasa dan kehidupan di tanah air Malaysia hari ini.
Selasa, 25 Oktober 2011
5.300 majikan yang berdaftar dengan Perkeso dikenalpasti tidak aktif
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Negeri Terengganu kini mempunyai 12,295 majikan yang mendaftar dengan pertubuhan itu sehingga akhir September lalu.
Bagaimanapun, daripada jumlah itu Perkeso mengenal pasti ada 5,300 majikan yang tidak aktif sama ada tidak mencarumkan kepada petubuhan itu atau majikan terbabit sudah berkubur.
Isnin, 24 Oktober 2011
Ahad, 23 Oktober 2011
Terengganu, N. Sembilan ke akhir Piala Malaysia 2011

Terengganu dan Negeri Sembilan berjaya melangkah ke saingan akhir Piala Malaysia 2011 apabila kedua-dua pasukan menewaskan lawan masing-masing di tempat sendiri pada perlawanan separuh akhir kedua.
Skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim berjaya menewaskan Selangor 2-1 (agregat 4-1), manakala Negeri Sembilan mara selepas mengalahkan T-Team 2-1 (agregat 6-3) untuk bertemu kali pertama dalam saingan akhir Piala Malaysia. – Utusan
Langgan:
Catatan (Atom)