
KUALA LUMPUR, 15 Julai – Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sejak kebelakangan ini mengajak rakyat melakukan revolusi setelah reformasi yang sebelum ini dilaungkan gagal diterjemah adalah salah satu cubaannya untuk membawa Malaysia ke arah kehancuran dan ‘mentalibankan’ rakyat khususnya orang Melayu.
Pengalisis politik tempatan, Profesor Dr. Ahmad Atory Hussein menyifatkan Anwar adalah seorang pembohong yang penuh dengan kepura-puraan dan sanggup menjerumuskan bangsa dan negaranya sendiri ke lembah kebinasaan.