Marang 11/06/2011 - Timbalan Pengerusi Pertubuhan Pribumi PERKASA Marang En. Hamzah bin Omar, mewakili keseluruhan ahli PERKASA Daerah Marang, telah membuat satu laporan Polis di Balai Polis Marang, sebagaimana Marang Rpt. 1468/2011 @ 1503 hrs, bagi membantah dengan sekeras-kerasnya Perhimpunan Bersih yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 9hb. Julai, 2011 yang dianjurkan oleh Badan Pengerak Demokrasi dan Mobilisasi Pas.
Sabtu, 11 Jun 2011
Umat Islam Wajar Perbetulkan Ehwal Mereka Dahulu
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata umat Islam sewajarnya memperbetulkan ehwal mereka dahulu sebelum mampu menjadi obor petunjuk kepada umat manusia sebagaimana umat Islam satu ketika dahulu.
"Ternyata masalah umat Islam adalah masalah dalaman yang walaupun tampak seolah sukar dikawal urus tetapi jalan penyelesaiannya memang ada dan wujud dengan kembali berpegang kepada ajaran Islam sebenar," kata Perdana Menteri.
Jumaat, 10 Jun 2011
Tindakan disiplin kepada penjawat awam teroka tanah haram
Gambar hiasan |
Semua penjawat awam di negeri ini diminta supaya tidak menyertai aktiviti penerokaan tanah haram atau bakal berdepan dengan tindakan disiplin (tatatertib), denda atau penjara.
“Orang ramai diingatkan tidak menceroboh tanah kerajaan dan bagi penjawat awam mereka boleh dikenakan tindakan disiplin jika terbabit,” kata Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Darul Iman semalam.
Khamis, 9 Jun 2011
Maidam Perkenal Kaunter Bergerak Kutip Zakat Tahun Depan

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) akan menyediakan perkhidmatan kaunter bergerak bermula tahun depan bagi memudahkan pembayaran zakat di negeri ini.
Rabu, 8 Jun 2011
Hadi Awang Gugur Dasar Negara Islam Dikritik
Langkah Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggugurkan dasar negara Islam dan menggantikannya dengan negara berkebajikan kini mencetuskan kemarahan ahli akar umbi sehingga menjejaskan keyakinan mereka terhadap Pas.
Mereka yang sebelum ini mendokong perjuangan Pas kerana terpesona dengan hasrat parti itu untuk menubuhkan negara Islam, mula mempersoal dasar baru tersebut secara terbuka kepada pemimpin-pemimpin Pas melalui saluran laman sosial Facebook.
Terbaru, perasaan amarah itu menjadi perdebatan terbuka di akaun Facebook bekas Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad, sehinggakan beliau yang baru tewas dalam perebutan jawatan Naib Presiden turut menjadi mangsa ‘serangan’ apabila dituduh tidak efisien.
Selasa, 7 Jun 2011
20,000 Tiket Piala FA Untuk Terengganu Habis Dijual

Sebanyak 20,000 tiket daripada 30,000 tiket yang diperuntukkan untuk Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) telah dijual pada hari pertama jualan tiket perlawanan akhir Piala FA Terengganu menentang Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Jun ini.
Isnin, 6 Jun 2011
Kerajaan tidak berkompromi untuk kepentingan kumpulan mereka
KUALA LUMPUR 4 Jun - Kerajaan tidak akan berkompromi dengan kelompok-kelompok tertentu yang bertindak semata-mata atas perhitungan untuk kepentingan kumpulan mereka sahaja tanpa sedar kesannya ke atas kesejahteraan negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata, kerajaan ingin mengingatkan kepada semua pihak yang tanpa rasa bertanggungjawab memainkan isu perkauman dan keagamaan sama ada secara terang atau halus, bahawa mereka sebenarnya bermain dengan permainan yang amat berbahaya.
Ahad, 5 Jun 2011
Golongan Bukan Ulama Kuasai Kepimpinan PAS Pusat
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Golongan bukan ulama menguasai kepimpinan PAS Pusat apabila golongan itu menyapu bersih jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden serta kebanyakan daripada 18 anggota jawatankuasa pusat dalam pemilihan sempena Muktamar PAS ke 57 di Taman Melewar di sini.
Pemimpin PAS di peringkat akar umbi, Mohamad Sabu tanpa diduga menempah kejayaan apabila merampas jawatan Timbalan Presiden daripada penyandang tiga penggal Nasharuddin Mat Isa.
Mohamad, 56, yang juga Anggota Jawatankuasa PAS Pusat memperolehi 420 undi menewaskan dua calon ulama iaitu Nasharudin yang memperolehi 224 dan Pesuruhjaya PAS Pahang Pahang Tuan Ibrahim Tuan Man yang memperolehi 399 undi.
Langgan:
Catatan (Atom)