KUALA LUMPUR: Trio Datuk T yang mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, atas pertuduhan melibatkan pendedahan video seks yang dikatakan mirip seorang pemimpin pembangkang dikenakan hukuman denda wang tunai atau dipenjarakan sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut.
Sabtu, 25 Jun 2011
Jumaat, 24 Jun 2011
MB minta penjawat beri perkhidmatan terbaik
Penjawat awam di Terengganu diminta memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat bertujuan mengelak pandangan serong dan tohmahan terhadap mutu perkidmatan awam.
Memperkenalkan slogan `Merakyatkan Pentadbiran & Pembangunan’ dan mengamalkan sistem Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal (5S) antara pendekatan yang dilaksanakan bertujuan memberi kebajikan dan keselesaan kepada rakyat.
Khamis, 23 Jun 2011
Insentif Berpoligami Untungkan Banyak Pihak, Kata Ketua Hakim Syarie Kelantan

KOTA BAHARU, 22 Jun (Bernama) -- Cadangan Kelantan memberi insentif kepada lelaki yang tidak merahsiakan perkahwinan poligami mereka, akan menguntungkan banyak pihak, kata Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Mohamad.
Beliau berkata langkah itu juga tidak bercanggah dengan Islam kerana ia boleh mengharmonikan rumah tangga dan pasangan terbabit.
Rabu, 22 Jun 2011
Tun Dr Mahathir Terima Anugerah Pencapaian Seumur Hidup
KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meneruma 'Anugerah Pencapaian Seumur Hidup' pada Majlis Anugerah Pelancongan Datuk Bandar Kuala Lumpur 2011 di sini Selasa malam.
Anugerah itu disampaikan kepada beliau oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dr Mahathir menerima trofi khas rekaan pasukan kreatif Mouawad di Paris, yang diperbuat daripada beberapa komponen dari pelbagai negara di seluruh dunia.
Selasa, 21 Jun 2011
ULASAN TERHADAP KENYATAAN KHAIRY JAMALUDDIN (KJ)
Isnin, 20 Jun 2011
Perjuangan BN dan UMNO Lebih Mudah – Ahmad Said
KUALA TERENGGANU, 19 Jun – Perjuangan Barisan Nasional (BN) dan UMNO untuk rakyat kini lebih mudah berikutan pendirian Pas memperjuangkan sebuah negara berkebajikan berbanding matlamat perjuangan dahulu.
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata, suatu ketika dahulu Pas kata mereka hendak wujudkan sebuah negara Islam berlandaskan Al-Quran dan Hadis.
Ahad, 19 Jun 2011
Kambing-kambing betina yang bingung
WAHAI orang-orang yang beriman, renungilah maksud hadis ini. Dari Ibnu Umar RA, dari Nabi Muhammad SAW, sabdanya: Perumpamaan orang munafik, seperti seekor kambing betina yang bingung mengikuti dua ekor kambing jantan. Sekali dia hendak mengikut yang ini, kali yang lain hendak mengikuti yang satu lagi. - SAHIH MUSLIM
Siapakah orang-orang yang bersifat kambing betina yang bingung ini? Jawapannya jelas, tanpa perlu banyak berfikir dan merujuk kepada banyak pihak.
Langgan:
Catatan (Atom)